MASA ITU EMAS

Sunday, September 27, 2009

Gara-Gara Kejar Pencuri

Rusdi Ramli (kanan) bersama ibunya, Norlia Ghani menyiram air mawar di pusara Allahyarham Edi Rizal di Tanah Perkuburan Islam Keramat, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Anak ketiga pelakon veteran, Norlia Ghani iaitu Edi Rizal Ramli, 33, tidak sempat berhari raya dengan bapanya walaupun telah berjanji untuk pulang ke rumah orang tuanya itu di Gombak hari ini.

Ramli Ismail, 60, berkata, ketika kali terakhir bertemu Edi Rizal tiga bulan lalu, arwah memberitahunya mahu beraya bersamanya di rumahnya.

"Saya memang menunggu kedatangannya untuk beraya dengan saya dan adiknya hari ini.

"Tetapi ketika saya berada di rumah jiran kerana menghadiri kenduri, ada ahli keluarga menelefon dan beritahu Edi Rizal meninggal dunia kerana terjatuh dari pangsapuri,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas pengebumian anaknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Keramat di sini malam ini.

Dalam kejadian tengah hari ini, Edi Rizal terjatuh dari tingkat tujuh Pangsapuri Murni Titiwangsa, Keramat Jaya 2 di sini apabila cuba menyeberang tembok koridor bagi menangkap pencuri yang dikatakan bersembunyi di anjung sebuah rumah di tingkat itu.

Bagaimanapun, Edi Rizal tergelincir dan terjatuh ke bumbung sebuah rumah di tingkat dua sebelum jatuh ke tingkat bawah.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) oleh penduduk dan disahkan meninggal dunia sebaik tiba.

Menurut Ramli, walaupun jarang berhubung, namun sebagai bapa dia tetap menanti anaknya untuk beraya bersama.

Katanya, dia reda dengan pemergian Edi Rizal meskipun mereka tidak sempat berjumpa dan saling bermaafan.

Sementara itu abang mangsa yang juga pelakon Rusdi Ramli, 38, memberitahu, adiknya pernah menjadi mangsa samun sebulan lalu dan tindakannya cuba menangkap pencuri hari ini dipercayai akibat geram dengan jenayah yang berlaku itu.

''Dalam kejadian samun itu, adik saya kehilangan wang tunai hampir RM500 dan telefon bimbit.

''Sejak itu dia pantang mendengar atau melihat jenayah kecurian berlaku dan saya percaya kejadian hari ini ada kaitan dengan insiden yang berlaku terhadapnya,'' ujarnya.

Menurut Rusdi, arwah memang rapat dengannya dan sering mengadu serta berkongsi masalah.

"Kehilangan Edi Rizal menjadikan saya lebih sunyi kerana tiada lagi rakan untuk berkongsi masalah,'' ujarnya.

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI DIKESEMPATAN INI SAYA MEMINTA AMPUN SEKIRANYA ADA TERSALAH KATA SEMASA QSO DAN SEBAGAINYA. JIKALAU ADA KESALAHAN KATA HARAP DIMAAFKAN. YANG PULANG KE KAMPUNG DIHARAP BERHATI2 DI JALAN RAYA. KEPULANGAN ANDA DI TUNGGU OLEH ORANG YANG TERSAYANG.

PEPERIKSAAN RADIO AMATUR RAE 2/2009 PADA 16/09/2009

KEPADA SWAL YANG INGIN MENGAMBIL PEPERIKSAAN RADIO AMATUR RAE 2/2009 NOTIS TELAH DIKELUARKAN OLEH PIHAK SURUHANJAYA KOMUNIKASI MULTIMEDIA MALAYSIA (MCMC), KETERANGAN LANJUT BOLEH DIDAPATI DISINI

Monday, September 14, 2009

Situasi Pandemik (H1N1)


Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia
14 September 2009

Dimaklumkan pada hari ini sejumlah 48 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan pada masa yang sama sejumlah 126 kes telah didiscaj. Ini menjadikan baki seramai 970 kes ILI sedang dirawat di 102 buah hospital termasuk 13 hospital swasta di seluruh negara. Daripada jumlah pesakit yang dirawat, 193 pesakit (20%) sahaja telah disahkan positif H1N1.

Daripada 193 kes yang telah disahkan H1N1, 41 kes sedang dirawat di ICU di mana 2 kes merupakan kemasukan baru, sementara 3 lagi kes telah keluar dari ICU. Daripada 41 kes yang sedang dirawat di ICU, 33 (81%) mempunyai faktor risiko. Pecahan kes mengikut faktor risiko adalah seperti berikut; penyakit kronik (13), penyakit respiratori kronik (4), obesiti (8), kanak-kanak bawah 5 tahun (7) dan hamil (1).

Tiada kematian baru akibat jangkitan influenza A(H1N1) didaftarkan pada hari ini.

Sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, orang ramai dinasihatkan mengamalkan 10 langkah pencegahan berikut:
  1. Orang ramai digalakkan membawa kit H1N1 (topeng mulut dan hidung, tisu dan sanitizer) di mana-mana sahaja berada termasuk ketika membeli belah, menaiki kenderaan awam atau beraya di rumah sanak-saudara dan rakan.

  2. Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan kebersihan diri khususnya mencuci tangan sekerap mungkin dan menggunakan tisu apabila batuk dan bersin serta pastikan tisu digunakan dibuang ke dalam tong sampah.

  3. Individu yang mempunyai gejala selesema seharusnya tidak pergi ke tempat awam. Sekiranya terpaksa berada di tempat tersebut, pastikan sentiasa memakai topeng mulut dan hidung, mengamalkan kebersihan tangan serta membuang tisu yang kotor ke dalam tong sampah. Topeng mulut dan hidung yang telah digunakan juga perlu dibuang ke dalam tong sampah.

  4. Individu yang mempunyai gejala selesema seboleh-bolehnya elak menggunakan kenderaan awam untuk pulang atau balik berhari raya sebaliknya dinasihatkan untuk menggunakan kenderaan sendiri.

  5. Individu bergejala selsema yang menggunakan pengangkutan awam mahupun kenderaan sendiri hendaklah sentiasa memakai topeng mulut dan hidung serta mengamalkan adab batuk di sepanjang perjalanan.

  6. Individu yang berisiko tinggi dinasihatkan untuk mengelakkan diri dari berada di tempat awam yang sesak. Sekiranya terpaksa, rancang dan hadkan tempoh masa berada di tempat tersebut dan mestilah sentiasa memakai topeng mulut dan hidung.

  7. Individu berisiko tinggi yang menggunakan kenderaan awam untuk pulang atau balik dari berhari raya dinasihatkan supaya sentiasa memakai topeng mulut dan hidung.

  8. Sepanjang berada di kampung, individu yang mempunyai gejala selesema perlu menjarakkan diri dari orang lain, sentiasa memakai topeng mulut dan hidung, mengamalkan adab batuk, kerap mencuci tangan dan tidak mengunjungi tempat yang sesak seperti rumah terbuka dan majlis kenduri.

  9. Sekiranya mempunyai gejala selesema terutama bagi mereka yang berisiko tinggi, sila dapatkan rawatan daripada klinik atau hospital dengan segera.

  10. Sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai wabak Influenza A(H1N1) serta langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dari masa ke semasa.

Maklumat serta perkembangan semasa jangkitan influenza A(H1N1) boleh diperolehi melalui talian hotline 03-88810200 atau 03-88810300 yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Pertanyaan juga boleh diajukan melalui email cprc_h1n1@moh.gov.my. Laman web http://www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my bagi mendapatkan maklumat terkini tentang H1N1.

Sekian, terima kasih.

DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
MenteriKesihatan Malaysia

Tarikh: 14 September 2009

Sunday, September 13, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA IKRAP 18/09/2009 DI TOWER REGENCY HOTEL

Satu majlis berbuka puasa bersama-sama warga IKRAP akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: Jumaat 18/09/2009
Masa : Bermula 7.00petang
Lokasi : Tower Regency Hotel Ipoh
Konsep: Buffet
Bayaran: RM20 dewasa RM12 kanak-kanak
Terbuka kepada semua. Jika nak promote bisnes anda pun boleh semasa dinner nanti.
Bayaran hendak lah dibuat kepada 9W2MVA(jon)-0195598831- sebelum 16/09/2008 untuk tempahan tempat.

Tempahan 20 tempat telah pun dibuat. Jika ramai, tempahan baru akan dibuat.


p/s Menurut Bah. Halal JAIP , sijil HALAL telah diperolehi pada 1/09/2009. Harap maklum