MASA ITU EMAS

Wednesday, November 4, 2009

WALIMATUL URUS 9W2ZLA

Assalamualaikum.... kepada semua rakan2 yang membaca blog saya di mana juga anda berada...9W2ZLA menjemput semua rakan2 tak kira sapa pun.. kawan atas kawan,  kawan pada kawan .. atau pun mereka yg mengenali 9W2ZLA..

 

No 13 Jalan Bunga Seroja Taman Parit Jaya...
pada
13 Disember 2009 hari Ahad

Tuesday, November 3, 2009

DALAM SEMINGGU TRAGEDI YANG MELANDA KAMPAR, PERAK

Tidak Sampai seminggu insiden Jambatan gantung runtuh yang meragut 3 nyawa pelajar sekolah yang berlaku di Kuala Dipang, Satu kejadian yg terbaru berlaku di Air Terjun Bt. Berangkai yg melibatkan 3 nyawa pelajar UTAR, Kampar.

Jam 7.15 hari ahad 1/11/2009 dapat panggilan dr 9W2NIM yg bertanyakan mengenai kejadian tersebut pada ms tu mmg tak tahu langsung apa2 kejadian yg berlaku di lokalan sendiri. Selepas dpt perkhabaran berita mengenai kejadian tersebut sy terus call saltmine (Hosp. Kampar) bertanyakan betul ker kejadian berlaku. Rakan di Saltmine telah megesahkan betul kejadian tu berlaku.


Penduduk Kampar yang berpusu-pusu ingin mengetahui perkembangan kejadian yang meragut 3 nyawa pelajar UTAR




Mayat mangsa ke2 Yew Shy Ghin (perempuan) yang telah ditemui oleh Pasukan Bomba


Tidak berganjak dan ingin mengetahui perkembangan



IBU mendiang Yew Ghim Chnieh terpaksa ditenangkan oleh anggota keluarganya di perkarangan rumah mayat Hospital Kampar, semalam.

 "Siasatan awal dan maklumat daripada penduduk kampung mendapati, kejadian itu berpunca daripada kepala air berlumpur akibat hujan dari kawasan tinggi yang menghempas secara tiba-tiba. "Berikutan itu, ketiga-tiga mangsa gagal menyelamatkan diri kerana air deras dan kawasan berbatu serta licin mengehadkan pergerakan mereka.

p/s: Gambar2 18sg boleh dilihat di Blog 9W2NIM.


Sunday, October 25, 2009

LAWATAN Y.A.BHG DATIN SERI SARIPAH BINTI ZULKIFLI ISTERI KEPADA Y.A.B MENTERI BESAR PERAK KE HOSPITAL KAMPAR

                                  
TEPAT JAM 11.15 a.m - Y.A.BHG DATIN SERI SARIPAH BINTI ZULKIFLI ISTERI KEPADA Y.A.B MENTERI BESAR PERAK TIBA DI PERKARANGAN HOSPITAL KAMPAR DI SAMBUT OLEH PENGARAH HOSPITAL DR. SURAYA BT. AMIR HUSIN, SETELAH TIBA Y.A.BHG DATIN SERI DIBERI TAKLIMAT SERBA SEDIKIT MENGENAI HOSPITAL KAMPAR. SETELAH SELESAI TAKLIMAT DATIN SERI & ROMBONGAN KE JAMUAN MAKAN DAN SELEPAS ITU DATIN SERI MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA PESAKIT.


Y.A.BHG DATIN SERI TIBA DI PERKARANGAN HOSPITAL KAMPAR

 
Y.A.BHG DATIN SERI DIBERI TAKLIMAT TENTANG HOSPITAL KAMPAR

 
Y.A.BHG DATIN SERI MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA PESAKIT


 Bergambar Kenangan Bersama Y.A.Bhg Datin Seri Saripah Binti Zulkifli isteri Y.A.B Menteri Besar Perak

Ahad 25 Oktober 2009- Lawatan Y.A. Bhgia Datin Seri Saripah Binti Zulkifli isteri kepada Y.A.B Menteri Besar Perak ke Hospital Kampar. Lawatan tersebut adalah lawatan yang pertama bagi Datin Seri ke Hospital Kampar. Pada hari yang sama juga Y.A.B Menteri Besar juga mengadakan lawatan di beberapa tempat di Kampar. Kawasan-kawasan yang di lawati Oleh Y.A.B Menteri Besar Perak adalah Jeram, Memorial Kubu Perang Dunia Ke 2 di Kampar, Kg. Jahang, Changkat Tin & Chenderong.

p/s: Gambar Teman xder sbb teman yg amik gmbar..

Saturday, October 17, 2009

KELAS PERSEDIAAN RAE 2/2009

Untuk makluman semua, kelas persediaan RAE 2/2009 akan diadakan seperti berikut:
  • Tarikh : Mulai 1/11/2009
  • Masa : 9.30 Pagi
  • Tempat : Wakaf PARTS (Silibin)
*Kepada semua rakan SWL yang akan menduduki peperiksaan RAE pada bulan 12 nanti dijemput untuk hadirkan diri ke Kelas Persediaan RAE.

Wednesday, October 7, 2009

TAHNIAH KEPADA 9W2SLJ & 9W2ZAE




Tahniah kepada 9W2SLJ & 9W2ZAE yang telah lulus CW (CLASS A RADIO AMATEUR EXAMINATION).. 


Bakal Bergelar 9M2
p/s: Maaf Gambar 9W2SLJ Tiada.


Tuesday, October 6, 2009

JAMUAN & PERJUMPAAN HARI RAYA ANJURAN PARTS PADA 11 OKT 2009

Satu jamuan dan perjumpaan Hari Raya akan di adakan oleh Parts seperti maklumat berikut:
Tarikh: 11 hb Oktober 2009, Masa:  10 pagi hingga 2.00 petang
Tempat Wakaf Parts. Sehubungan itu semua ahli dan warga ham di mana juga dijemput hadir memeriahkan majlis tersebut.  Persatuan mengalu-alukan sumbangan anda sama ada dalam bentuk wang ringgit bagi menampung jamuan tersebut, atau sumbangan makanan dan kuih muih. Ahli yang ingin menyumbang bolehlah menghubungai setiausaha 9w2ACB atau Naib Setiausaha 9W2ZZR  Ahli berikut bersetuju untuk memberikan sumbangan
9W2SLJ: Nasi Ayam
9W2HBC: Kuah kacang dan menguruskan lemang bersama 9W2SUF
9W2AOC: semua bahan dan peralatan lemang
9W2ZZR: ketupat nasi
9W2ACB: Masak bersamah daging (3 kilo)
9W2TUO: Satay 300 cucuk
9W2NIM: Homebrew Coctail
Satu gotong royong persediaan untuk membersihkan wakaf dan memasak lemang akan diadakan pada 10 haribulan mulai 10 pagi hingga malam. Ahli-ahli diminta hadir untuk turut sama menyumbangkan tenaga. Sumbangan dan bantuan anda semua bagi menjayakan majlis tersebut amat dialu-alukan dan dihargai.
Terma kasih.
SUMBER DARI BLOG PARTS

Sunday, September 27, 2009

Gara-Gara Kejar Pencuri

Rusdi Ramli (kanan) bersama ibunya, Norlia Ghani menyiram air mawar di pusara Allahyarham Edi Rizal di Tanah Perkuburan Islam Keramat, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Anak ketiga pelakon veteran, Norlia Ghani iaitu Edi Rizal Ramli, 33, tidak sempat berhari raya dengan bapanya walaupun telah berjanji untuk pulang ke rumah orang tuanya itu di Gombak hari ini.

Ramli Ismail, 60, berkata, ketika kali terakhir bertemu Edi Rizal tiga bulan lalu, arwah memberitahunya mahu beraya bersamanya di rumahnya.

"Saya memang menunggu kedatangannya untuk beraya dengan saya dan adiknya hari ini.

"Tetapi ketika saya berada di rumah jiran kerana menghadiri kenduri, ada ahli keluarga menelefon dan beritahu Edi Rizal meninggal dunia kerana terjatuh dari pangsapuri,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas pengebumian anaknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Keramat di sini malam ini.

Dalam kejadian tengah hari ini, Edi Rizal terjatuh dari tingkat tujuh Pangsapuri Murni Titiwangsa, Keramat Jaya 2 di sini apabila cuba menyeberang tembok koridor bagi menangkap pencuri yang dikatakan bersembunyi di anjung sebuah rumah di tingkat itu.

Bagaimanapun, Edi Rizal tergelincir dan terjatuh ke bumbung sebuah rumah di tingkat dua sebelum jatuh ke tingkat bawah.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) oleh penduduk dan disahkan meninggal dunia sebaik tiba.

Menurut Ramli, walaupun jarang berhubung, namun sebagai bapa dia tetap menanti anaknya untuk beraya bersama.

Katanya, dia reda dengan pemergian Edi Rizal meskipun mereka tidak sempat berjumpa dan saling bermaafan.

Sementara itu abang mangsa yang juga pelakon Rusdi Ramli, 38, memberitahu, adiknya pernah menjadi mangsa samun sebulan lalu dan tindakannya cuba menangkap pencuri hari ini dipercayai akibat geram dengan jenayah yang berlaku itu.

''Dalam kejadian samun itu, adik saya kehilangan wang tunai hampir RM500 dan telefon bimbit.

''Sejak itu dia pantang mendengar atau melihat jenayah kecurian berlaku dan saya percaya kejadian hari ini ada kaitan dengan insiden yang berlaku terhadapnya,'' ujarnya.

Menurut Rusdi, arwah memang rapat dengannya dan sering mengadu serta berkongsi masalah.

"Kehilangan Edi Rizal menjadikan saya lebih sunyi kerana tiada lagi rakan untuk berkongsi masalah,'' ujarnya.