MASA ITU EMAS

Tuesday, November 3, 2009

DALAM SEMINGGU TRAGEDI YANG MELANDA KAMPAR, PERAK

Tidak Sampai seminggu insiden Jambatan gantung runtuh yang meragut 3 nyawa pelajar sekolah yang berlaku di Kuala Dipang, Satu kejadian yg terbaru berlaku di Air Terjun Bt. Berangkai yg melibatkan 3 nyawa pelajar UTAR, Kampar.

Jam 7.15 hari ahad 1/11/2009 dapat panggilan dr 9W2NIM yg bertanyakan mengenai kejadian tersebut pada ms tu mmg tak tahu langsung apa2 kejadian yg berlaku di lokalan sendiri. Selepas dpt perkhabaran berita mengenai kejadian tersebut sy terus call saltmine (Hosp. Kampar) bertanyakan betul ker kejadian berlaku. Rakan di Saltmine telah megesahkan betul kejadian tu berlaku.


Penduduk Kampar yang berpusu-pusu ingin mengetahui perkembangan kejadian yang meragut 3 nyawa pelajar UTAR




Mayat mangsa ke2 Yew Shy Ghin (perempuan) yang telah ditemui oleh Pasukan Bomba


Tidak berganjak dan ingin mengetahui perkembangan



IBU mendiang Yew Ghim Chnieh terpaksa ditenangkan oleh anggota keluarganya di perkarangan rumah mayat Hospital Kampar, semalam.

 "Siasatan awal dan maklumat daripada penduduk kampung mendapati, kejadian itu berpunca daripada kepala air berlumpur akibat hujan dari kawasan tinggi yang menghempas secara tiba-tiba. "Berikutan itu, ketiga-tiga mangsa gagal menyelamatkan diri kerana air deras dan kawasan berbatu serta licin mengehadkan pergerakan mereka.

p/s: Gambar2 18sg boleh dilihat di Blog 9W2NIM.